Sabtu, 2 Mac 2013

Syyyyy!!! DIAMlahhhhhhhhhhhhhh

Bismillaahir rohmaanir rohiim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam

DIAMlahhhhhhhhhhhhhh

~Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap

Tutur bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika tutur bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Tersandung tutur bicara akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Orang yg beriman, lisan yg dikurniakan tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia2. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia2.

Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasulullah SAW Bersabda :
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Rasulullah SAW Bersabda lagi :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari dan muslim)

Manusia tak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara2 yg baik. Kata2 yg baik adalah lambang hati yg baik dan bersih yg bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia

Tiada ulasan: