Sabtu, 3 Mac 2012

MASAKAN IBU - BAMIA KAMBING


~*Fakta Tentang Masakan Ibu*~

Bissmillahhirrahmannirrahim...Segala puji bagi Allah, Tuham yg memelihara dan mentabir sekelian alam. Jom kita kongsi resepi trdisi ini...Masakan IBU adalah terbaikkkkk.
Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja.

Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut.



"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

Hari ni Keluarga Ku Mutiara Hati Ku akan kongsikan resepi tradisi keluarga kami. Masakan ini memang istimewa mungkin ada ramai yg tahu tapi tak sama...BAMIA KAMBING.
 

BAHAN-BAHAN (Utk 1kg)

Kambing kalau boleh bahagian yg ada tulang
Bawang besar 2 biji
Bawang putih satu labu
Halia 1 inci
Lada kering 30 tangkai
(bahan2 ini diblnder halus...emm kalau terlebih rajin giling lerr)

Bawang putih 4 ulas
Bawang kecil 4 biji
(kedua2nya di mayang halus utuk tumisan)
Bunga lawang sekuntum
Buah pelaga 2 biji
Kayu manis 2 inci
Bunga cengkih 4 kuntum

Tomato pure satu tin kecil
Gula melaka seketul
Santan dari sebiji kelapa (dua cawan) boleh digantikan dgn susu segar kalau suka.
Minyak masak utk menumis anggaran setengah cawan.
Garam
Perisa kalau suka

Carrot yg di potong anggaran 2 inci
Kentang di potong empat
Bendi
(bahan2 ini ikut suka banyaknya ya...emm kita goreng sekejap terlebih dahulu dan ketepikan)
 
CARA-CARA MEMASAK

Panaskan minyak masak. Bila dah hangat masukkan bawang putih dan bawang kecil yg dimayang. Bila dah kuning kita masukkan rempah tumis (cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang). Selepas tu kita masukkan bahan2 yg diblande. Biar bahan tumisan tu biarlah gareng dan naik minyak. Kita masukkan daging kambing. Masukkan tomato pure dan gula melaka, garam dan perisa kalau suka. Sementara nak tunggu daging tu empuk kita leh masukkan air...biarlah daging itu empuk. Bila hampir empok masukkan santan. Biarkan kuah nya pekat (jgn masukkan santan awal nanti masakan mudah berkerak)
Bila dah empuk...kuahnya dah pekat masukkan bahan yg kita goreng n ketepikan tu (Kentang, Carrot dan bendi)

BAMIA ni rasanya pedas, masam dan manis. Sedap dicicah dengan french loaf, ketupat or nasi empit, roti jala juga boleh dimakan dgn nasi putih or nasi bryani dan nasi minyak.

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan: