Selasa, 17 Januari 2012

Jenis-jenis Kematian

Assalamualaikum...

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Mati kamu semua sebelum kamu semua mati (mutu qabla an tamutu)"...


1. Kematian Alami
Kematian Alami ialah kematian yang terjadi kepada semua manusia iaitu roh dan jasad terpisah sehingga tiada lagi tanda-tanda kehidupan seperti denyutan nadi dan degupan jantung dalam jasad manusia.
Allah menyatakan dalam surah Ali Imran ayat 169,
"Jangan sekali-kali kamu menyangka individu yang terbunuh yakni mati syahid pada jalan Allah itu mati. Mereka tidak mati, bahkan mereka hidup secara istimewa di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki."

2. Kematian Iradi (Maknawi ataupun abstrak)
Kematian ini adalah kematian kemahuan ataupun ego. Ia juga dikenali sebagai mati nafsu dengan terlerainya kewujudan diri dan bergabung bersama keesaan Allah melalui proses riadah dan mujahaddah yang konsisten, sabar dan bimbingan orang alim untuk jiwa amarah bisu' dan jiwa insan yang tercela.

3. Mati Suri
Mati suri adalah tidur panjang yang tempohnya adalah luar biasa. Amnya, manusia tidur selama 6 hingga 8 jam sehari. Namun, mati suri dapat jadi berhari-hari, berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. Dalam konteks ni, saya faham bahawa mungkin istilah koma yang dimaksudkan.

4. Kematian Kecil
Apabila manusia tidur, roh azali diangkat oleh Allah ke sisiNya sehingga yang tinggal hanya roh yang sudah bersatu pada nafas iaitu jiwa. Kemudian atas kemahuanNya, roh azali itu dikembalikan semula ke dalam jasad kita.

5. Kematian Hakiki
Ianya adalah matinya iman, Islam, ihsan, tauhid dan taqwa dalam diri individu dan dia menggantikannya dengan kekafiran, kemusyrikan, kefasikan dan kezaliman. Maksudnya secara zahir individu itu masih hidup, tetapi menurut batiniyah, hakikat individu itu dikatakan mati.

Apapun jua, kematian itu adalah sesuatu yang pasti...

Wassalam...

Tiada ulasan: