Rabu, 6 Mac 2013

JANGAN SOMBONG

JAUHI SIKAP SOMBONG

"Tidak masuk syurga orang yg dlm hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (HR Muslim)

Astaghfirullahal'azim.
Lihatlah, jika terdapat hanya sebesar biji sawi sifat sombong dlm diri kita, kita tak dapat masuk syurga. Tau kan bentuk biji sawi tu mcm mana?
Kecil sangat2 berwarna hitam..

Dari Abi Salamah bin Abdul Rahman bin Auf rah.a berkata suatu hari Abdullah bin Umar r.a dan Abdullah bin Amr bin As r.a bertemu di bukit Marwah. Keduanya bercakap2 beberapa lama kemudian Abdullah bin Amr r.a berlalu meninggalkan tempat itu dan tinggallah Abdullah bin Umar r.a di situ dlm keadaan menangis. Seorang lelaki bertanya: wahai Abu Abdul Rahman, kenapa kamu menangis? Beliau menjawab: orang ini yakni Abdullah bin Umar r.a memberitahu kepadaku bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa mempunyai sifat takabur di dlm hatinya walaupun sebesar biji sawi, Allah akan menjerumuskan wajahnya ke dlm api neraka. (Hadith riwayat Musnad Ahmad Tabrani Mjama az Zawaid)

So, marilah kita bermuhasabah. Istighafar...Kerana kita manusia pernah juga memiliki sifat sombong tanpa kita sedari...Tanamkan sifat rendah hati dalam diri kita..Tawadhu'..

Semoga Allah melindungi kita dari kelemahan diri kita sendiri… Aamiin.

Tiada ulasan: