Khamis, 21 Februari 2013

INDANYA UKHUWWAH

INDAHNYA UKHUWWAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Indahnya Islam kan? Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Jom, cuba kita praktikkan. Semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

* nyatakan rasa kasih kita terhadap saudara.
Sabda Rasullulah : “jika seseorang itu kasih akan saudaranya beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya”-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

* berpesan , “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

* segeralah bersalaman apabila bertemu. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah”.

* bermanis muka apabila bertemu, “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil , sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

* memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya. “siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakanya, nescaya Allah akan menyukakannya pada hari kiamat”

Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan: