Khamis, 21 Februari 2013

Astaghfirullah أستغفر الله

Kita adalah makhluk yang lemah, memang tak boleh lari dari
berbuat kesilapan dan dosa, namun sebaik baiknya orang
yang berbuat dosa adalah yang selalu memohon ampunan atas segala
dosa yang ia lakukan. Istighfar merupakan salah satu jalan tuk
memohon ampunan NYA

"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka." HR. Abu Dawud dan Nasa'i

Firman Allah SWT, yg bermaksud ; "Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah) yang telah berlalu pada umat-umat yang dahulu atau datangnya azab
atas mereka dengan nyata" الكهف 55

Istighfar umpama butang ‘escape’ atau butang ‘backspace’ di keybord. Seandainya tersilap kata, terkasar bahasa, terbuat dosa, maka beristighfarlah. Jangan tunggu melakukan dosa baru beristighfar, lakukan ia anytime anywhere. Mungkin ada beberapa perkara dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari. Miskipun yakin sepenuh hati bahawa tidak berbuat dosa tetaplah beristighfar, kerana Rasulullah SAW yang maksum juga beristighfar.

Sabda Rasulullah SAW
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Nya pada setiap hari lebih dari tujuh puluh kali” H.R Bukhari

astaghfirullah al-’azim

Tiada ulasan: