Sabtu, 30 Mac 2013

New Versi Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Bahan:-

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. *(hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
4 biji telor dipukul sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus.  Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" (lebih suka guna loyang yg berlubang tengah)
dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar bakar dlm 45 minti dgn kepanasan 150f

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: