Khamis, 9 Mei 2013

Dodoi Si Dodoi Anak Ku Sayang

KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar R.A. )

Baginda Rasulullah S.A.W. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bondanya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik R.A.)

Teman-teman, anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kita terhadap mereka.

Tiada ulasan: