Isnin, 24 September 2012

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

*Segala dalam hidup kita Allah sudah tentukan jalannya, kita punya perancangan sendiri,namun perancangan Allah adalah yang terbaik kerana dia tahu apa sebenarnya jalan yang betul untuk kita, namun ini bukan tiket untuk pasrah dan menyerah tanpa berusaha. Allah sayang hambanya yang rajin dan berusaha untuk lebih baik.Yang penting percaya kepada Qada dan Qadar Nya...

Tiada ulasan: