Jumaat, 28 September 2012

DONUT KENTANG


~Donuts Kentang~

Bahan2nya.

Kentang 2 biji direbus (bubuh sedikit garam) bila empuk kupas kulit n dilecek.

3 cawan air suam campur 2 sudu gula dan satu camca teh garam halus dan satu packet mauripan
*(kacau biar mauripan larut. Air jgn terlalu panas nanti mauripan tu mati. Biarkan 5 minit)

3/4 packet tepung gandum
1 biji telor
4 sudu makan susu tepung
4 sudu majerin
1 sudu teh baking powder
*(bahan2 ini di gaul sebati campur juga kentang yg sudah di lecek)

Gula halus.

~Cara2nya~
Masukan bancuhan mauripan sedikit sedikit. Uli sebati selama 15 minit. Kalau tangan masih melekat bubuh sedikit minyak masak. Uli sampai sampai adunan tak lekat di tangan. Rehatkan selama 10 minit. Bahagikan adunan 3 bahagian dan tambur tepung pd papan pencanai. Canai setebal 1/2 inci dan terap dgn bentuk donut.

Lepas tu goreng dengan api yang pelahan.

SELAMAT MENCUBA.
**Kentang boleh diganti dgn labu or keledek.

Tiada ulasan: