Jumaat, 28 September 2012

KARI KEPALA IKAN

Bahan2
Surelah kepala ikan (ikut suka)
*10 tangkai lada kering
*Kunyit 1/2 inci
*Halia 1/2 inci
*bawang besar 1 biji
*bawang putih 4 ulas
(*bahan2 ni dibland lumat)

Bawang merah 3 biji dan bawang putih 3 ulas dimayang halus utk tumisan
1 bunga lawang
4 cengkih
2 buah pelaga
Sebatang kayu manis
1 sudu makan halba campur
2 batang serai yg di titik
3 tangkai daun kari
Rempah kari ikan 5 sudu makan
Rempah korma 2 sudu makan

Secawan santan atau susu rendah lemak.
1/2 cawan minyak masak
2 keping asam keping
air ikut suka sesuai dgn bnyaknya ikan

(tomato, bendi or terung masuk sama kalau malas masak sayur)

Cara2

Panaskan minyak. Tumis bwang putih n bawang merah. Bila agak garing masukan rempas tumis, halba campur serai dan daun kari. Masukkan bahan2 blnder dan rempah kari. Bubuh setengah cawan air biar naik minyak. Tambahkan air *agak2 lerr sesuai dengan banyak ikan yg kita nak masak tu. Masukkan ikan, bubuh garam, asam keping, terung, bendi dan tomato. Bila sudah mendidih kita masukan santan. Biar menidih dan boleh di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA



Tiada ulasan: