Jumaat, 30 Mac 2012

KERJASAMA DAJJAL DAN IBLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ada sesiapa yang pernah baca tentang pakatan dua makhluk yang dilaknat ALLAH ini? Jika belum baca boleh baca..jika ada yang pernah baca boleh baca lagi sekali kot-kot versinya berbeza-beza...tapi misinya tetap sama.Rupa-rupanya di belakang kita mereka telah berkomplot untuk menjahanamkan manusia dan menguasai dunia serta bercita-cita nak jadi tuhan..ye lah kalau buat depan kita pun bukan nampak pun kan? Marilah kita baca apa yang di rancang oleh si laknat berdua ni

Macam ni kisahnya, Pada abad ke 8, si dajjal ni belayar menuju ke pantai Florida, dalam perjalanan ia melalui kawasan segitiga bermuda dan ternampak sebuah istana, maka ia masuk ke dalam istana tersebut. Di situ ia menemui beberapa makhluk ganjil seperti anjing, keldai,kucing dan ular, mereka semua memberi penghormatan kepadanya. Mereka mengatakan kepada dajjal raja agung sedang menantinya untuk menjalinkan suatu perjanjian. Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan raja agung yang dimaksudkan itu, dajjal melalui satu perarakan yg menakutkan dan jutaan syaitan sedang berpusu-pusu untuk mendekatinya sambil menari-nari dan menyanyi-nyanyi lagu yang tidak difahami maknanya. Dajjal dibawa ke suatu ruangan yg besar yg dipenuhi gambar-gambar syaitan dan suasananya sangat gelap, tiba-tiba muncul satu cahaya dari satu sudut yang diterangi api, serentak dengan itu berdiri suatu makhluk sangat aneh dan menyeramkan. Ternyata makhluk itu adalah iblis, dan dajjal mendekatinya lalu berjabat tangan dengannya.


Iblis Laknatullah:
"Wahai manusia tanda kiamat, aku telah menantimu sejak sekian lama.Aku telah membuat persiapan untuk mu sejak kemunculan nabi dari Arab. kita akan menghancurkan umatnya yang menghalang dan menentang kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak pernah tamat dan kita tidak tahu siapa yang akan menang, jika kita yang menang beerti kita mengalahkan ALLAH, jika kita mengalahkan ALLAH maknanya kita akan menjadi tuhan bersamanya. Itulah saatnya kita menciptakan, sebagaimana Dia menciptakan,pasti Dia pun belajar dari tuhan sebelumNya. Aku dan engkau dapat capai apa yang telah dicapaiNya dengan hanya memusnahkan umat ini. ALLAH telah mengampuni Nabi mereka, memberi mereka malam Al-Qadar yg lebih baik dari seribu bulan, memberi mereka tempat wukuf, keadaan mereka bagaikan dilahirkan semula, memberi mereka istigfar (permohonan keampunan) serta menerima taubat mereka. Lalu mengapa kita tidak mahu menghancurkan mereka dengan cubaan hidup yang berupa anak, harta,wanita, kekuasaan dan kedudukan?. Kita kirim kepada mereka yang terdiri dari kalangan syaitan, jin dan manusia untuk menyesatkan dan merobek Al-Quran dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim hanya pada nama,sedangkan jiwa mereka jiwa syaitan. Kita jadikan bangsa yahudi, bangsamu itu sebagai pemegang kepimpinan sehingga dapat menguasai palestin. Dengan demikian bangsa Yahudi akan menjadi kuasa besar dunia.

Lalu perjanjian pun ditandatangani yang berbunyi "Kedua-duanya adalah satu makhluk, yang satu kelihatan dan yang satu tidak. Tujuannya dalah untuk menghancurkan islam dan kaum Muslimin, dan menegaskan bahawa orang-orang yahudi adalah umat yang terbaik kepada manusia.

Sumber: Buku berjudul Al-Khuyuth Al-Khafiyyah Baina Al-Masikh Ad-Dajjal Wa Asrar Musallats Bermuda wa Al-Athbaq At-Thai'rah.

Tiada ulasan: