Isnin, 2 April 2012

Cantik Menarik memang D Boom


Alamak cantiknya dia...aku dah jatuh cinta ni...aduhh. Cinta ohh cinta...membuai rasa juga bawa bencana. Cinta pada paras rupa banyak yg tak kekal lama.
Cantik...menarik...tertarik kau memang d boom. Kacak luar...kacak dalam. Sekilas pandang...mak aku jatuh cinta. Persoalannya...cintakah kah itu. Dari mata turun ke hati...kekalkah cinta... dapatkah d raih hati tertambat jiwa semata2 cinta pada cantik or kacak seseorang. Telah d lagukn R Azmi, 'dari kerana mata yg mempunyai kuasa...ooo aku tergoda...aku tergoda...terkecewa' nah ni mmbuktikan cinta yg d dominasi pd rupa paras tak kekal lama.

Sejarah membuktikan cinta pd paras rupa boleh menyebabkan nyawa melayang.
Cleopatra, dgambarkan cantik...kecantikannya menyebabkan 2 orang kuat yg berkuasa d Rom sujud d kaki nya. Persoalannya...cantik kah dia yg menyebabkan lelaki berjiwa besi boleh tunduk mencair seperti ais. Dari apa yg d gambarkan Cleopatra tu x lah secantik mana yg membuatkan lelaki mabuk kepayang yg mmbuatkan jiwa melayang. Cantik atau kacak tu very subjektif kerana setiap org penilaiannya berbeza. Cantik atau kacak reality nya bukan terletak pd paras rupa. Cantiknya Cleopatra tu tidak pd paras rupa tpi pd penampilan...gaya suara...senyuman...lirikan mata...susuk tubuh dan bahasa badan yg mampu mengoda mencairkan hti lelaki. Dari contoh Cleopatra ni d simpulkan bahawa cantik bkan pada paras rupa or kacak seseorang. Ini lah peliknya perasaan cinta tu. Cleopatra tak lah cantik paras rupa tpi kecantikannya terserlah dari bentuk yg lain...klo bahasa sekarang ni boleh lah d katakan 'gedik' or 'pengoda'. Bermodalkan perwatakan yg mengoda tu lah cinta gila 2 hero Rom tumpas d kaki Cleopatra. Cinta sebenar nya anugerah Allah...dah d tiupkan k dlam jasad manusia sejak manusia d ciptakan. Cinta perlu d pupuk. Umpama menanam pokok...pilih benih...dsemai...dsiram...dbajai...dlindungi supaya nnti menghasilkan buah cinta yg subur dan ranum mekarnya. Cintai Allah itu sebnar2 yg patut kita kejar. Cinta sesama manusia banyaknya dakhiri dgn kegagalan...hdup tidak selesa...hidup tidak bahagia. Cintailah sesorang kerana Allah...tertarik pdnya kerana keperibadian dan kecintaannya kepada Allah. Allah tidak pernah mengecewakan hamba2nya jadi beri lah kecintaan kita sepenuhnya utk Allah. Jangan mudah terpesona dgn ungkapan 'I love U' kerana CINTA mudah terucap d bibir tetapi terlalu payah utk membuktikannya dah terlalu sukar utk mempertahankannya.

Tiada ulasan: