Khamis, 3 Januari 2013

TEMAN...KAWAN...SAHABAT or RAKAN

Assalamulaikum
Selamat Pagi Cinta, salam ceria sayang dan salam manis tanpa gula.

Nilai sebenar seorang sahabat tak dapat di nilai dengan mata kasar. Nilai sebenar seorang sahabat tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Biar papa, mereka akan sentiasa di sisi menyokong kita, mendorong kita supaya terus berjuang meneruskan hidup. Berjuang meneruskan dan mengharungi hari-hari yang mendatang. Tetapi di dunia ini lebih ramai ‘kenalan’ yang bertopengkan sahabat. Kenalan hanya membantu dengan bercakap, dengan melihat, tanpa membantu, tanpa menghulurkan apa-apa bantuan dan hanya memandang dengan jelingan tajam malah mengherdik dan menghina tanpa mengira saat senang yg di lalui bersama. Sahabat yg umpama sokong membawa rebah.

♥ PERSAHABATAN umpama rimbun nya pohon KEHIDUPAN.
♥ AKAR NYA adalah KESETIAAN.
♥ BATANG NYA adalah KEIKHLASAN.
♥ DAHAN NYA adalah KEJUJURAN.
♥ RANTING NYA adalah PERSEFAHAMAN.

♥ DAUN NYA adalah KASIH SAYANG.
♥ BUNGA NYA adalah BELAS KASIHAN.
♥ BUAH NYA adalah MANIS NYA CINTA yang BERPANJANGAN.

Tiada ulasan: