Khamis, 13 September 2012

Kek Kukus Buah Campuran


KEK KUKUS BUAH.

Bahan2nya.
8 biji telur
2 cawan gula halus
2 buku butter
2 cawan gula pasir (utk dibuat gula hangus)
1 sudu kecil bikarbonat of soda
2 sudu kecil cream of tatar
1 kotak buah campuran kering
1 sudu esen vanila atau esen oren
600 gm Tepung Gandum
Buah campuran digaulkan dgn segengam tepung gandum

Caranya.

Pukul butter bersama gula halus hingga kembang.masukan telur 1 per 1 hingga habis.seterusnya masukan esen vanila atau esen oren.tepung gandum diayak bersam bikarbonat dan cream of tatar.
masukan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.kemudian masukan buah campuran gaul guna senduk kayu . Biarkan adunan sebentar.Ambil 2 cawan gula pasir tadi digoreng dlm kuali dgn api pelahan sehingga cair dan kekuningan.buat lubang ditengah2 adunan curahkan gula hangus tadi pelahan- lahan hingga habis. Kacau pelahan gunakan senduk kayu hingga serata .
Masukkan dlm acuan boleh gunakan periuk yg agak tinggi alas dgn kertas minyak dan sapu dgn planta .Tutup atas periuk dgn aluminium foil supaya air tak masuk. Saya menggunakan bekas plastik yg tahan panas dan ditutup dgn penutup .panaskan kukusan dulu sebelum mengukus kek.kukus kek selama 4 jam. periksa air setiap 1jam kalau air kurang tambah dgn air panas.

SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan: