Jumaat, 20 September 2013

SAGO GULA MELAKA

SAGO GULA MELAKA

Bahan-Bahan (kira2 10 cawan puding yg kecil)
1 cawan sagu
5 cawan air
secubit garam
warna pilihan ikut suka
1 ketul gula melaka
1/2 cawan air
seikat daun pandan
santan @ susu cair @ susu segar secukupnya.

Cara-cara
1. Racik gula melaka kecil2, masukkan dalam periuk bersama air & daun pandan yg disimpul.
2. Masak dengan api sederhana hingga cair kemudian masukkan gula melaka kedalam cawan puding. ketepikan.
3. Bersihkan sagu dengan sekali air lalu saja...toskan air. masukkan sagu kedalam periuk bersama air dan secubit garam
4. Masak dengan api kecil saja hingga sagu berubah jernih. kacau sesekali.
5. Asingkan sagu kepada 3 bahagian sama banyak.
6 Lletak setiap satu dengan setitis pewarna pilihan.kacau rata... kalau nak pakai plain pun ok...
7. Masukkan sagu tersebut berselangseli dalam cawan puding.. contoh: hijau, kuning, merah.
8. Sejukkan dalam peti ais.
9. untuk menghidang, curahkan santan @ susu cair @ susu segar keatas sagu yang sedia sejuk.. sedia untuk dimakan
(*kalau guna santan, panaskan santan seketika dengan secubit garam)

Tiada ulasan: