Rabu, 6 Februari 2013

HIDAYAH : ANUGERAH ALLAH KEPADA INSAN PILIHANNYA

Tanpa hidayah daripada Allah, kita hari ini belum tentu lagi bergelar Muslim or mukmin.
Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT. Diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan begitulah juga diharamkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Hidayah Allah bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi, jauh lagi untuk dijual-beli.
Tak akan hadir hidayah Allah kalau kita sekadar berpeluk tubuh.
Justeru, kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya sentiasa memohon petunjuk daripadaNya sebagaimana diperintahkan kepada kita supaya berterusan memohon daripadaNya keampunan.

Bagi orang2 yg memperolehi hidayah daripada Allah dan matinya pula tetap di dalam hidayahNya, maka berbahagialah. Namun, bagaimana pula nasib orang-orang yang menolak hidayah tersebut lalu akhirnya mati ia di dalam kesesatan? Nauzubillahiminzalik...

Jika hendak hidup beriman,
Serta mulia di sisi Tuhan;
Marilah kita hendak ingatkan,
Wasiat Nabi di akhir zaman.

“Dan (ingatlah) hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata : Alangkah baiknya kalau aku (semasa di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul. Aduhai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si fulan itu sebagai sahabat karibku” (Al-Furqan : 27-28)

*Peringatan utk diri sendiri moga jadi golongan sedikit yg tak rugi. Kita yg dah diberi HIDAYAH wajiblah ISTIQAMAH.

Tiada ulasan: