Selasa, 14 Ogos 2012

KETAWA UNTUK SIHAT


Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak.
Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.
Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.

Tiada ulasan: