Isnin, 9 Julai 2012

Mengangkat Jari Telunjuk

Assalamualaikum
Mengangkat jari telunjuk, ada kena mengena dengan apa ya?
Apakah kita gunakan jari telunjuk mengangkatnya untuk menuding jari pada orang? Ataupun guna jari telunjuk untuk menggunakan iPad?

Ataupun soal kucing yang pandai main iPad?


Atau ini?


Maaf, terlalu berteka teki.
Sewaktu menyaksikan rancangan 30 minit bersama Ustaz Don Daniyal mengenai rukun solat, terdapat satu perkara yang menarik perhatian mengenai jari telunjuk ini.


Adalah dimaklumkan bahawa mengangkat jari telunjuk sewaktu tahiyyat adalah merupakan perkara sunat. Tidak mahu diangkat pun tidak mengapa, itu semua adalah perkara sunat.
Namun, bila diangkat, ada perkara yang harus diambil perhatian.



Jangan jadi macam ni pulak


Mengangkat jari telunjuk sewaktu tahiyyat memang merupakan sunat, namun, apabila diangkat, hendaklah diangkat sehingga habis bacaan tahiyyat akhir, bukannya setelah habis kalimah syahadah, sepertimana yang dilakukan oleh orang Melayu kita pada hari ini.
Bunyinya perkara yang simple dan sesuatu yang mungkin kurang diberi perhatian oleh kita, kaum muslimin dan muslimat, namun, apabila kita melaksanakannya, hendaklah kita mengetahui caranya dari awal sehingga ke akhir.
Menurut Ustaz Don lagi, 'melayukan' jari telunjuk setelah habis kalimah syahadah merupakan perbuatan orang Melayu (faham faham sendiri lah, ya).
Jadi, itulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Wassalam.

Tiada ulasan: