Khamis, 12 April 2012

ISTIGHAFAR




Istighafar...

Singkatannya adalah seperti berikut dan membawa maksud seperti dibawah

astaghfirullah = yang bermakna "Aku memohon keampunan ALLAH".


Dalam bahasa Inggeris, ianya membawa maksud:astaghfirullah = meaning "I seek forgiveness from ALLAH".


Istighfar yang lebih lengkap adalah - ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM, ALLAZI LA ILA HAILLAH HUAL HAYYUL QAYYUM, WA'ATU BU ILAIH.

Membawa maksud:

"Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU".


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.


ada sesetengah orang berfikir.. istighfar hanya boleh dikhalimahkan selepas solat... tidak sama sekali kerana ia tidak kira waktu dan tempat.


apabila sedang marah, cepat2 lah kita beristighfar.. supaya hati kita lebih dekat dengan ALLAH...apabila terlintas difikiran perkara2 yng tidak elok, cepat2lah kita beristighfar...ketika dalam kesulitan, boleh kita mengucapkan istighfar ini, insyaallah dipermudahkan segalanya


Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sambil memohon ampun dari segala dosa. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya di dalam al-Qur’an:
“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi”
(Surah an-Nisaa:106)

 
 Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah: 
1)   Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2)   Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3)   Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.
4)   Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5)   Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.
6)   Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Ya ALLAH, TERIMALAH DARI KAMI AMAL KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU ADALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI

Tiada ulasan: