Isnin, 19 Mac 2012

CUKUP DENGAN APA YG ADA

 

Bissmillahhirrahmannirahim...Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Mengasihani. Alhamdulillah...segala puji dan syukur bagi Allah semesta alam, kedamaian dan kesejahteraan drpdNYA  moga tercurah buat Rasulullah SAW berserta keluarga, sahabat dan pengikut2nya.

 
Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…
Anggaplah dia manusia biasa…
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN…tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

 
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT…
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN…
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi...kamu akan MENYESAL...

Tiada ulasan: