Selasa, 6 Mac 2012

Cantik?


Cantik tidak salah...
Tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. 
Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. 
Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. 
Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, 
Inilah yang hebat!
Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati?
Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya.
Oleh itu pertama,
Tanamkan di dalam hati kita
Iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat
Dan penghayatan yang tinggi.
Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda.
Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik.
Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik.
Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan.
Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali.
Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki.
Biar buruk rupa, jangan buruk perangai.
Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Tiada ulasan: