Sabtu, 10 Mac 2012

Aku insan hina...



ASSALAMULAIKUM WBT/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ : Segala puji bagi Allah, Penguasa segaligus Pegatur bumi dan segala isinya  dan salam semoga tercurah kpd Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam. 


Aku nie insan jenis apa ya..?? dah la pemarah orang nya, pemalas, apa lagi ek.tidak pandai jaga hubungan dengan manusia, dengan Allah...hmmM... pendosa...setelah bertaubat pun tapi still ulangi lagi..benda yang sama diulangi...aku rasa hidup aku di dunia nie seperti hanya untuk sakitkan hati orang lain..kawan-kawan, ibu bapa dan lain-lain...aku nie entah la..pasti nya Allah murka dengan aku..tambahan pula perlakuan ku pasti ada yang tidak menyenangi..ea aku sedar..mereka sentiasa menyatakan sesuatu yang benar terhadap diri ku..aku terima..ea benar..aku cuma insan yang lemah.. mereka pasti nya orang yang hebat bukan dapat menilai diri aku sedang kan aku langsung tidak pandai menilai diri sendiri.. Ya Allah kenapa engkau hidup kan aku di dunia mu ini..aku pasti semua nya pasti ada hikmah nya.. tetapi ya Allah adakah aku ini seperti ingin memilih neraka daripada syurga Mu..??.memilih untuk jadi pendosa dari untuk menjadi hamba Mu yang bertaqwa , yang hebat..??...

ea la aku nie lemah sengat dan penuh kekurangan..pastu suka buat dosa...aku sekarangmula merasa hidup penuh dengan kesunyian.. keseorangan.. ea la aku nie hamba yang hina ya Allah... aku juga sedih kadang-kadang tika aku kesunyian aku
teringat akan diri Mu tetapi bila gembira, bersama orang-orang sekeliling aku mula alpha ( lupa )...ya Allah aku lebih suka hidup keseorangan dan kesunyian, dihina oleh orang lain, di caci dan sebagai nya supaya aku sentiasa dapat mengingati diri Mu kerana aku sentiasa memerlukan Mu pada bila-bila waktu.. “ manusia mudah lupa pada pencipta tika merasa hidup ini tiada pencipta “ ... bila susah la pe la baru nak ingat kt Allah la pe la kan..hmmM... aku nie baik tak perlu hidup je di dunia ini..atau pun baik tidak diberikan akal, jadi je orang gila..lebih baik..di janji kan syurga.. tidak hina seperti aku seorang pendosa... ya Allah aku pernah lakukan dosa-dosa besar yang engkau beritahu.. aku nie hanya hamba Mu yang hina.. Ya Allah aku pasti juga pintu taubat Mu itu sentiasa terbuka luas untuk hambanya bukan..hanya itu sahaja aku mengharap dari Mu..keampunan..pinta taubat dari Mu.. hanya engkau maha pengampun.. dengarlah bisikan hamba Mu ini ya Allah...
Ya Allah golongkan kami dalam golongan hamba Mu yang bertaqwa dan beramal soleh.. kurnia kan kepada kami, ibu bapa kami, anak-anak kami iman, ilmu, amal, taqwa sebaik pesuruh Mu nabi Muhammad S.A.W.. tempat kan kami bersama di dunia dan akhirat, di dalam syurga Mu yang kekal abadi.. makbulkan doa kami ya Allah..engkau lebih tahu apa yang kami impikan.. yam aha pemurah lagi maha pengasih..
Cita-cita kami ingin menjadi yang peling hebat di sisi Mu..
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisiAllah ialah orang yang paling bertakwa.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (49: 13).
Untuk diri yang hina ini....

Tiada ulasan: