Rabu, 11 Januari 2012

RUMAH KU & SYURGAKU


Kharmonian  rumahtangga, kestabilan dah kesejahteraan keluarga adalah unsur penting bagi mesmatikan pembentukakan dan bertaqwa. Segalanya bermula di rumah, jika perjalanannya betul maka Jannahlah balasannya. Di antara aspek-aspek yg perlu di tekankan oleh ketua keluarga ialah:

1.   MEMBINA KEBAHAGIAAN KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
kebahagiaan berkait rapat dengan hati, bila hati sesorang baik maka fikirannya tenteram, senang dan bahagia. Penampilannya akan nampak sihat, tenang dan ceria. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak jugalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati."
Rasulullah bersabda lagi bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya hati."

Bagi mencapai hajat ini kita mesti ada NIAT YG BAIK...membetulkan niat di dalam setiap perancangan dan tindakan. Dalam hal ini seseorang itu hendaklah melatih hatinya dan keluarganya supaya sentiasa berniat baik dan ingin sesuatu yg baik dalam setiap urusan dan tanggungjawap. Rasulullah bersabda: "Setiap perkara itu adalah berdasarkan niat."
PERBUATAN YG BAIK setiap ahli keluarga dilatih melakukan perbuatan baik, menunaikan tanggungjawab suruhan Allah dan meninggalkan kerja yg tidak baik serta tidak berfaedah yg menjadi larangan Allah. Ini bertetapan dgn firman Allah di dalam surah al-Mukminun ayat 51 bermaksud: "Betapa banyak orang yg rambutnya kusut masai, dadannya berdebu lantaran terlalu lama di dlm pengembaraan, makanannya dari yg haram dan perutnya juga dipenuhi yg haram maka diangkatnya seraya berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!...Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya."

2.    MEWUJUDKAN HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA SUAMI
Pembentukan keluarga bermula dgn ikatan bermula dgn ikatan perkahwinan antara suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga bahagia, suami isteri perlulah meletakkan kasih sayang, belas kasihan dan toleransi hal yg utama dlm rumah tangga mereka. Firman Allah bermaksud: "Dan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaan dan rahmatNya ialah Dia menciptakan utk kamu (lelaki) isteri2 dari jenis kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dgnya dan jadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan bagi orang yg berfikir." (al-Rum: 21)

Tiada ulasan: