Jumaat, 13 Januari 2012

PERISTIWA AKHIR ZAMAN


Hendaklah kita bermuasabah,
Amal di tingkat ilmu ditambah;
Tinggalkan dosa dan juga salah,
Kepada Allah meminta taubah.

Teguhkan tauhid serta akidah,
Ikut golongan Sunnah Jammah;
Janganlah turut firqah yang salah,
Para sahabat ikutlah langkah.

Ilmu agama wajib dituntut,
Sebelum masa menjadi luput;
Walaupun jauh di seberang laut,
Janganlah himmah menjadi salah.

Hati yang kotor mesti dicuci,
Tempat pandangan Rabbul Izzati;
Ilmu tasswwuf wajib dikaji,
Untuk membuang penyakit hati.

Dalam usaha mencari makan,
Harta yang haram mesti ditinggalkan;
Khususnya riba jangan amalkan,
Nanti membawa binasa badan.

Anak dan isteri wajib dididik,
Agar mereka menjadi cerdik;
Tugas mereka mesti selidik,
Begitu juga adik beradik.

Bacalah Quran setiap hari,
Dengan tadabbur dan faham erti;
Kalam Ilahi Penawar hati,
Di malam sunyi teman sejati.

Fakir dan miskin mesti diasuh,
Agar mereka tidak mengeluh;
Sebagain sedekah yang kita taruh,
Nanti ganjaran didapat penuh.

Hendaklah Islam difaham Syumul,
Seperti mana kehendak Rasul;
Hidup sendiri atau bergaul,
Agar amalan dapat dimakbul.

Bangunlah kita jadi pembela,
Agama suci pegangan kita;
Rancangan musuh mesti waspada,
Agar umat tetap berjaya.

Inilah syair kita kongsikan,
Disedut dari hadis pilihan;
Wasiat nabi jangan lupakan,
Pedoman hidup di akhir zaman.

Sampai di sini syair disusun,
Salah silap minta diampun;
Kepada Allah doa dipohon,
Bersama nabi kita dihimpun.

Syafa'at Uzma dari Baginda,
Hanyalah itu harapan kita;
Memohon ampun segala dosa,
Serta dikabul semua doa.

Tiada ulasan: