Jumaat, 27 Januari 2012

Hati,

 Ambil hati...beri hati...buah hati...buta hati...curi hati...dalam hati...hancur hati...hati batu...isi hati...jauh hati...jantung hati...jatuh hati...kecil hati...mata hati...makan hati...rendah hati...sejuk hati...sakit hati...tajam hati...hati-hati. Semuanya berkaitan dgn hati. Bila berbicara mengenai hati, cukup rumit...memang kompleks. Baik atau buruk, mulia atau jahat sesuatu perkara yg d lakukan manusia d dunia semuanya d pandu oleh HATI. Kalau dalam koloni semut...RATU mendominasi koloninya. Tubuh manusia d kawal selia oleh hati. Hati ibarat RAJA. Pancar indera atau anggota lain mengikut arahan hati. D mana letaknya hati? Allah ciptakan hati d tempat yg paling mulia...d dada, seketul daging dlm tubuh manusia. Hati tak terlihat dgn mata kasar tpi segala apa yg d lakukan atas arahan hati dapat d lihat... samada perbuatan yg positif spt sabar, sayang, mulia, sopan santun, berani...juga yg negetif spt marah, benci, sombong, dengki, dendam. Dari 'mata turun k hati'...memang benar ungkapan itu kerana mata dan hati umpama aur dgn tebing. Apa yg terlihat d mata akan terus d hantar k hati. Hati akan menganalisis dan membuat tindakan susulan. Alangkah beruntungnya sesiapa yg memiliki hati hati suci bersih...akan melakukan perkara2 yg d redhai Allah dan celakalah mereka yg memiliki hati yg hitam, kotor dan berkarat sudah pasti mendapat kecelakaan dan kebinasaan. Rasulullah pernah bersabda..."ketahuilah sesungguhnya d dlm tubuh manusia ada segumpal daging...apabila ia baik jadi baiklah seluruh anggota dan sekiranya buruk...buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati". Tempat yg paling d sukai syaitan dlm tubuh mnusia adalah hati...bila hati dpt d tawan d sana (hati) syaitan mula memasukkan jarum2 kejahatan...menyesatkan manusia. Hati kan jadi rosak kerana termakan hasutan syaitan. Oleh itu sentiasalah berdoa...memohon perlindungan Allah...d beri hati yg sentiasa mengingati Allah. "pada hari Kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda...anak pinak...kecuali org yg dtg mengadap Allah dgn hati yg sejahtera." (surah As-Syura; ayat 88-89)

Tiada ulasan: