Jumaat, 28 Disember 2012

Butter Cake

Butter Cake~ (Loyang 5x6')

Bahan2

5 Biji telur
1 Cup Tepung kek
1 Cup Gula kastor
1 sudu Teh Soda bikarbonat
1/2 sudu Teh baking powder
3 Sudu Makan Horlicks
1 Sudu teh Esen vanila
250g Mentega

Cara membuatnya:

Pukul mentega & gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang & gebu, masukkan pula esen vanila. Teruskan putar.
Masukan Tepung, baking powder & soda bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu, & pukul biar benar2 sebati
Kemudian masukkan horlicks, putar sekejap agar adunan sebati.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuangkan adunan & kukuslah kek hingga masak agak2 dalam 45minit - 1jam

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: