ALLAH aku ada KAMU...Yaa Rabbb...
• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.. Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya..?
• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan..
...
• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan..
...
• Janganlah menangis jikalau wang hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan.. Oleh itu...
♥~ Simpanlah air mata & tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri..
segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI..
♥ ~ Serulah air matamu itu dari persembunyiannya.. di balik kelopak mata.. agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali..
♥ ~ Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari Yang ESA..
~ Ya ALLAH, anugerahilah kepada kami 2 mata yang menangis kerana takut kepadaMU.. Aamiin.
~ Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
~ Selagi ...kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
Berusaha, berdoa dan bertawakal..
Insyallah...selepas kesulitan pasti ada kemudahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan