Selasa, 10 Januari 2012

KIAMAT tu PASTI

Hari kiamat tu pasti akan terjadi,
....langit akan runtuh, gunung ganang akan berterbangan bumi dan seisinya akan melebur.
Telah nampak tanda2 kecil kiamat tu...Kemerosotan umat Islam, berkurangannya ulama, ujian hebat terhadap iman, kemungkaran berluasa, keruntuhan moral,...gempa bumi di sana sini, peperangan yg tak henti2.
Bah kan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa ganjil yg terjadi dari masa ke semasa...
Beringatlah...Nabi SAW telah tinggalkan wasiat menceritakan tentang kiamat dan kenalilah tanda2 golongan yg sesat. Maka dengan itu, kita akan hendaklah sentiasa memohon agar kita terselamat...masukkan kita dlm golongan yg sedikit.

       Jika hendak hidup beriman,
       Serta mulia di sisi Tuhan;
       Marilah kita bersama ingatkan,
       Wasiat nabi di akhir zaman.

       Wajiblah kita menjaga diri,
       Cabaran hidup banyak sekali;
       Janganlah kita lupakan diri,
       Hidup ini menuju mati.

      Bila melihat mungkar yg nyata,
      Maka janganlah hanya mengata;
      Tapi bangkitlah menabur jasa,
      Membimbing umat jadi pelita.

      Umat Islam perlu di dakwah,
      Nasihat baik serta berhikmah;
      Dengan semangat serta ukkhuwah,
      Hubangan kita tambah meriah.

         

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.